Didik Anak-Anak Menabung 2

Kami ada satu lagi cara menarik untuk mendidik anak-anak menabung. Bolehlah anda mencuba dengaan anak-anak anda. Caranya ialah dengan membuat pertandingan sesama mereka.

“Pertandingan ?? Tak faham lah.”

Bagi mereka yang mempunyai anak lebih daripada seorang, anda semua pasti maklum yang anak-anak anda mempunyai sikap suka bersaing sesama mereka.

“Kenapa Along dapat basikal tapi Adik tak dapa”,rengek anak bongsu.
“Kalau Kakak boleh keluar kenapa Angah tak boleh pulak”, si Angah merajuk.

Jika anda bijak dan kreatif, anda boleh gunakan sikap bersaing anak-anak ini untuk mendidik mereka manabung. Caranya dengan memberi hadiah kepada anak yang mampu mengumpul duit terbanyak setiap bulan.

Cara ini sangatlah mudah tapi mesti anda tidak terfikir kan?

kid saving

Ya setiap hujung bulan, anda buatlah ‘meeting’ bersama anak-anak dan kiralah bersama-sama wang dalam tabung mereka. Anak yang dapat mengumpul wang terbanyak, anda hadiahkanlah sejumlah wang contohnya RM10 (mengikut kesesuain) ataupun hadiah-hadiah yang lain. Dengan ini anda dapat membuat mereka lebih semangat untuk menabung. Selain itu, anak-anak yang pantang kalah dengan adik beradik yang lain pasti akan bersungguh-sungguh menabung.

Jika ada diantara mereka yang tidak dapat menabung apa-apa pada bulan tersebut ataupun tidak mencapai jumlah minimum yang ditetapkan anda, anda bolehlah mendenda mereka. Suruh buang sampah selama seminggu ke, kena cuci tandas ke. Terpulanglah kepada anda.

Mendidik anak-anak untuk menabung sangat penting. Dalam zaman ‘semua nak pasti dapat’ ni, mendidik anak-anak memerlukan cara yang lebih kreatif dan menarik.