Denda / Caj Penalti Lewat Bayar

Tumbuhnya bank-bank Islam di negara kita telah memberikan pilihan kepada umat Islam malah bukan Islam untuk berpindah kepada institusi kewangan yang patuh syariah.

Walaupun pun begitu ada segelintir manusia yang mengatakan tidak terdapat perbezaan di antara bank Islam dan bank konvensional.

Mereka mengatakan bank Islam juga menindas dengan turut mengenakan denda kepada pelanggan apabila lewat membayar daripada waktu yang dijanjikan.

Bagi bank Islam jumlah wang kerana bayar lewat ini bukan sebagai denda tetapi ia adalah bayaran kos rugi yang dihadapi oleh bank akibat pelanggan tidak membayar hutangnya dalam waktu yang ditetapkan.

Selain itu bank Islam tidak mengenakan bayaran ganti rugi ini secara ‘compunding’ seperti yang diamalkan bank konvensional.

Bagi bank konvensional sekiranya seseorang itu mempunyai hutang sebanyak RM 100 000 dan lewat membayar hutangya maka dia akan dikenakan denda sebanyak katakan 3% daripada baki pinjaman.

Maka dendanya adalah sebanyak RM 3000. Sekiranya dia masih gagal membayar pada bulan seterusnya, denda akan dikira daripada baki RM 100 000 pinjaman ditambah dengan denda bulan sebelumnya. Maka denda bagi bulan kedua adalah sebanyak 3090.

Berikut merupakan contoh perbezaan.

Bank konvensional :

bulan pertama RM 100000 x 3% = RM 3000
bulan kedua (RM 100000 + RM 3000) x 3% = RM 3090
bulan ketiga ( RM 100000 + RM 3000 + RM 3009 ) x RM 3182.7

Jumlah denda sekiranya tidak bayar 3 bulan :
RM3000 + RM3090 + RM3182.7 = RM 9272.7

Bank Islam :
bulan pertama RM 100000 x 3% = RM 3000
bulan kedua RM 100000 x 3% = RM 3000
bulan ketiga RM 100000 x 3% = RM 3000

Jumlah denda sekiranya tidak bayar 3 bulan :
RM3000 + RM3000 + RM3000 = RM 9000

Bank Islam juga sebenarnya mengenakan caj ganti rugi yang lebih rendah iaitu hanya 1%. Kiraan di atas menggunakan 3%.

Bank mana lebih menindas ?