Caj Kad Kredit

Kepada mereka yang tengah berkira-kira untuk mengambil kad kredit tu, anda mestilah mengetahui caj-caj yang anda harus bayar apabila mengambil kad kredit.

Yuran tahunan

Perlu dibayar setahun sekali. Dikehendaki membayar walaupun anda tidak pernah menggunakan kad kredit anda. Yuran tahunan biasanya adalah di dalam lingkungan RM60 hingga RM90 untuk kad klasikĀ dan RM130 hingga RM195 untuk kad emas.

Caj kewangan (faedah)

Caj yang dikenakan kepada ke atas baki yang belum dijelaskan selepas tarikh tamat tempoh. Biasanya dikira berdasarkan baki harian. Kadar faedah bergantung dengan rekod pembayaran iaitu 13.5% setahun bagi mereka yang menjelaskan bayaran minumum selama 12 bulan berturut-turut dan boleh meningkat ke 17.5 % bergantung dengan rekod pembayaran.

Yuran pendahuluan wang tunai

Kad kredit juga boleh berfungsi seperti kad debit, iaitu anda boleh mengeluarkan wang dengannya. Namun, kadar faedah yang dikenakan boleh naik setinggi 3% hingga 5% atas jumlah yang dikeluarkan, atau di sesetengah bank RM 25 hingga RM50 bagi setiap transaksi (yang mana lebih tinggi).

Caj bayaran lewat

Ini adalah caj yang dikenakan jika anda gagal untuk menjelaskan sekurang- kurangnya jumlah bulanan minimum sebelum tarikh yang ditetapkan. Jika anda bayar selepas tarikh tamat tempoh, anda akan dikenakan caj kewangan (faedah ke atas baki belum jelas) dan caj bayaran lewat. Caj bayaran lewat boleh mencecah 1% daripada baki belum jelas atau jumlah maksimum sebanyak RM75 manakala jumlah minimum sebanyak RM5.

Caj kewangan, yuran dan tempoh tanpa faedah

Anda boleh menikmati tempoh tanpa faedah, kebiasaannya selama 20 hari dari tarikh urus niaga mula direkodkan (untuk pembelian sahaja) dan juga sekiranya anda tidak mempunyai sebarang jumlah tertunggak yang perlu dibayar dari bulan sebelumnya.

Oleh itu, sekiranya anda hanya membayar sebahagian atau jumlah minimum baki yang perlu dibayar, anda akan dikenakan faedah ke atas semua pembelian yang dibuat melalui kad kredit anda dari tarikh urus niaga direkodkan.

Jadi fikir-fikirlah sebelum mengambil kad kredit. Jadi anda ingin mengelak dari dikenakan caj faedah, anda mestilah membayar dalam masa 20 hari selepasa pembelian. Anda rasa anda mampu berdisplin atau tidak untuk menjelaskan pembayaran dalam masa 20 hari? Kalau tidak, tak payah ambillah kad kredit.