photo_2016-02-03_11-04-49

Anda ingin merancang seminar kewangan? Kami sedia berkhidmat!

poster-seminar-kewangan-general

Anggaplah perancangan kewangan kita seperti sebuah pasukan bola. Ada goalkeeper, ada defender, ada midfielder dan ada striker.

Goalkeeper dan defender inilah SIMPANAN.

Tujuan simpanan biasanya untuk hal jangka panjang, kecemasan dan persaraan. Ia MESTILAH CAIR. Mudah dikeluarkan.

Risiko tempat simpanan pula biasanya rendah.

Jadi di sini, simpanan sesuai diletakkan di ASB, Tabung Haji, Unit Amanah berisiko rendah seperti bond fund, index fund, dan juga emas.

Untuk kecemasan, gunakan tiga penanda aras.

1) Penanda aras 3 bulan
2) Penanda aras 6 bulan
3) Penanda aras 18 bulan.

Cara memenuhkan tabung kecemasan ini secara terperinci diajar dalam bengkel DIY.

Kemudian, bahagian midfielder dan striker.

Ini barulah dinamakan Pelaburan. Semestinya kita boleh mengambil risiko yang lebih tinggi untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.

Kebiasaannya tujuan Pelaburan adalah menggandakan kekayaan (Wealth Accumulation) yang ada.

Jadi kita boleh memilih Hartanah sebagai Midfielder kita dan mungkin Saham sebagai Striker kita.

Ada yang pandai berjual beli emas, boleh menjadikan emas sebagai pengganda kekayaan juga. Kelebihan emas yang boleh dipajak membuatkan peniaga emas boleh memaksimumkan pulangan daripada jual beli emas.

Dengan itu, portfolio kewangan kita lengkap dan teratur.

Dan jangan lupa untuk merancang SEDEKAH anda.

Sedekah adalah PENGADIL perlawanan. Sehebat manapun team anda, anda perlu tunduk kepada PENGADIL.

4-2-3-1-diamond-systems

Hubungi kami sebagai penceramah asas kewangan di tempat anda!