Berhenti Merokok Jadi JUTAWAN !

Walaupun telah difatwakan Haram oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, namun masih ramai lagi orang Islam yang masih merokok.

Tahukah anda bahawa setiap perokok itu mampu menjadi jutawan sekiranya mereka tidak merokok?

Berdasarkan pemerhatian, seorang perokok tegar akan menghabiskan sekotak rokok sehari (ada yang lebih). Sekotak rokok bernilai lebih kurang RM 10 maka seorang perokok itu telah menghabiskan RM 300 sebulan untuk membeli rokok.

Kebanyakkan perokok mula merokok pada umur belasan tahun, jadi secara puratanya mereka telah merokok selama 40 tahun (18 tahun hingga 58 tahun). Jika wang itu dilaburkan selama 40 tahun untuk purata pulangan 10 %, mereka akan mendapat hasil sebanyak RM 1,678,382.22 !!

Wah, ini sudah JUTAWAN !!

Betul, anda mampu menjadi jutawan sebenarnya. Siapa kata anda tidak mampu? Sedih apabila ramai di luar sana yang tidak berani berniaga dan melabur kerana takutkan rugi, namun pada masa yang sama merokok.

Ada pula yang mengadu tidak cukup wang belanja dan tidak mampu membayar hutang tapi kuat merokok. Mereka tidak sedar bahawa wang itu telah dibakar mereka setiap hari.

Katakan TAK NAK MEROKOK !!

Kepada mereka yang masih merokok tetapi ingin berhenti, anda bolehlah cuba berhenti dengan mengasingkan wang rokok anda setiap hari ke dalam tabung. Kira wang ‘rokok’ anda pada setiap akhir bulan dan laburkan di unit amanah saham. Dengan ini anda dapat melihat hasil usaha anda berhenti merokok dan akan lebih bersemangat untuk meneruskannya.

Justeru itu, anda boleh jadikan bulan Ramadhan yang akan datang sebagai permulaan untuk berhenti merokok. Jangan sesekali mudah mengalah dan banyakkan berdoa meminta pertolongan dari Yang Esa.