Beli kereta terpakai

Bagi mereka yang kurang kemampuan, membeli kereta terpakai menjadi pilihan bagi mengurangkan perbelanjaan.Namun terdapat beberapa isu yang timbul terutamanya kerisauan terhadap risiko kerosakan yang tinggi.

Disini dikongsikan beberapa tips asas bagi mereka yang mahu berjimat dengan membeli kereta terpakai.

1. Periksa harga pasaran kereta. Pak Cik Google kan ada.

2. Beli kereta yang banyak dipakai orang supaya senang untuk mendapatkan alat ganti dan juga mudah untuk dijual semula.

3. Kalau boleh jangan beli kereta yang telah ditukar rim, di’lowered’kan atau di buat modifkasi yang lain kerna harganya lebih mahal. Kata nak jimat kan..

4. Periksa sama ada kereta pernah kemalangan atau tidak. Cara untuk mengetahui ialah:
a) tanya pemilik kereta. tapi ada juga yang tak mahu mengaku
b) bandingkan warna kereta dengan warna bahagian dalaman kereta yang tersembunyi. Jika berbeza maka kereta pernah dicat semula dan kemungkinan besar adalah kerana pernah kemalangan.
c) lihat jika ada kemek di bahagian dalaman kereta (bonet hadapan) dan juga enjin. Perhatikan juga kesan ketukkan.

5. Pergi bersama pemilik kereta ketika mahu melakukan pemeriksaan puspakom. Takut pemilik kereta ‘pakai orang dalam’ untuk luluskan kereta dia.

6. Periksa enjin.
Start enjin kereta dan perhatikan asap. Jangan ambil kereta dengan asap berkepul-kepul. Periksa juga bawah kereta untuk melihat sebarang kebocoran.

7. Test Drive.
Awasi bunyi gear box ketika pandu uji. Awasi juga gegaran kereta. Pandu kereta di jalan ada bonggol untuk periksa suspension

8. Warranty.
Jika and membeli di kedai maka minta warranty. Warranty kereta terpakai selalunya diantara 2 minggu ke 3 bulan.

9. Waktu
Jangan nilai kereta pada waktu gelap dan hujan. Waktu gelap mengurangkan penghilatann. Kereta pula akan nampak lebih baik pada waktu hujan jadi elakkan menilai kereta pada waktu hujan.

Itulah antara tips yang kami kongsikan. Semoga tips ini membantu anda.