Bagaimana Orang Kaya Berfikir 5

Orang Biasa Memberi Alasan,Orang Kaya Mencari Penyelesaian.

Ada satu sikap atau cara berfikir yang membezakan antara orang berjaya dan orang biasa. Perbezaan ini mungkin tidak nampak jelas secara fizikal tetapi secara karektor dan sikap, perbezaan ini boleh diibaratkan langit dan bumi.

Lumrah kebanyakkan manusia, gemar untuk mencari alasan untuk kegagalannya. Secara nalurinya, kita sukar untuk mengakui kelemahan diri dan sikap diri kita yang tidak mahu bertindak.

“Alangkah bagus kalau ibu bapa aku kaya. Pasti aku jadi orang yang berjaya”

“Keputusan test aku teruk la. Cikgu aku la ni , tak pandai mengajar.”

“Maafkan saya lambat sikit, tadi jalan raya sesak..”

“Aku tak pandai mengajilah, masa kecil dulu ibu bapa aku tak hantar aku belajar”.

Kita lebih suka untuk menyalahkan orang lain atau keadaan sekeliling. Kenapa ?? Sebab kita tidak mempunyai kuasa untuk mengubahnya. Kalau ada pun, pasti terhad.
Kita cuba untuk menjadikan diri kita mangsa keadaan dan mengharapkan belas kasihan orang lain dan belas kasihan diri kita sendiri.

ExcuseNotToGive

Orang Kaya dan Orang Berjaya mempunyai pemikiran yang sangat berbeza. Mereka sedar mereka tak mampu untuk mengubah keadaan dan manusia sekeliling secara terus, maka mereka akan mengubah manusia yang mereka mampu kawal, iaitu diri mereka sendiri.

Ya satu-satunya manusia kita boleh kawal dan ubah ialah DIRI SENDIRI !!

Orang yang berjaya tidak akan menyalahkan keadaan tetapi mereka akan bertindak dan cuba mengubah diri mereka untuk membetulkan keadaan. Sikap ini boleh dilihat dalam pelbagai situasi.

“Aku lahir dalam keluarga miskin, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib aku.”

“Susah lah nak faham apa yang Pensyarah ajar. Aku kena jumpa dia ni. Boleh tanya dia secara terus.”

“Kalau pandu kereta mesti lambat, aku naik LRT lah.”

“Dekat sini ada orang boleh ajar mengaji tak?? Saya nak belajar.”

Berbeza dengan orang biasa, Orang Kaya akan mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang mereka hadapi. Justeru itu, mulalah untuk mencari jalan untuk mencapai apa yang anda mahu dan berhenti memberi alasan!!

Anda Mampu Mengubahnya !!