Bagaimana Orang Kaya Berfikir 4

Orang Biasa Hanya Mencari Cara untuk Berjimat Orang Kaya Mencari Cara untuk Menambah Pendapatan.

broke“Gaji aku tak cukup ni, kena berjimat lagi ni”, bisik hati Abang Selamat yang baru mendapat anak
kembar. Anaknya yang sulung pula akan mula bersekolah tahun hadapan. Entah ada lagi ke tidak duit yang boleh dijimatkan dari gajinya yang hanya RM 1600 sebulan itu.

Sebenarnya bukan hanya Abang Selamat yang berfikiran demikian tetapi majoriti masyarakat di luar sana pun mempunyai pemikiran yang sama. Kita malas untuk berfikir dan mencari idea untuk menambah pendapatan. Sebaliknya kita lebih suka untuk mengambil jalan mudah untuk berjimat cermat.

Sampai bila kita boleh berjimat?

Berbeza pula dengan orang kaya, mereka bukan sahaja berfikir untuk berjimat tetapi otak mereka juga ligat mencari idea untuk menambah pendapatan. Mereka berani untuk mengambil jalan yang ramai tidak berani untuk ikut, iaitu melabur dan berniaga.

“Pendapatan aku tak cukup ni, kalau berjimat pun setakat cukup-cukup makan. Aku kena kembangkan perniagaan ni nak cari duit”, bisik Abang Selamat yang telah sedar.

Tidak disangkal lagi bahawa kita semua mesti menguruskan kewangan dengan baik dan tidak membazir dalam berbelanja.
Jangan ingat orang kaya tidak menguruskan kewangan dengan baik!! Mereka sebenarnya adalah orang yang paling pandai mengurus kewangan dan. Buktinya, jika mereka tidak pandai mengurus kewangan, segala keuntungan pasti mereka akan habis begitu sahaja. Namun, apa yang menjadikan mereka kaya ialah usaha mereka menambah pendapatan dan bukan hanya bergantung untuk berjimat.

Dengan kos sara hidup yang makin meningkat kita semua harus berusaha untuk menambah pendapatan dengan melabur dan berniaga.
Buang perasaan malas dan takut itu dan Insya Allah anda akan berjaya