Bagaimana Orang Kaya Berfikir 3

Orang Biasa Membazir Masa. Orang Kaya Menggunakan Masa sebaiknya.

Ramai yang tertanya-tanya, adakah Orang Kaya tidak meluangkan masa untuk bersantai dan merehatkan diri??

Tidak sama sekali !! Cuma berbeza dengan orang biasa yang merehatkan diri dengan mononton rancangan hiburan di tv, sebaliknya mereka akan merehatkan diri dengan membaca buku sambal ditemani secawan teh(minuman lain pun boleh) 

Anda Tak Percaya? Cuba tanya orang yang berjaya tidak kiralah dalam bidang bisnes, politik ataupun agama sekalipun, berapa banyak buku yang mereka baca ? Pastinya mereka akan menjawab ratusan malahan ribuan buah buku.Sebab itulah mereka mempunyai pengetahuan yang luas.

Berapa banyak buku yang anda dapat baca dalam seminggu?

time-waster

Orang Kaya sangat menghargai masa. Mereka meggunakan masa sebaiknya untuk meningkatkan fizikal, mental, dan ilmu mereka. Tatkala orang biasa akan bergosip kosong di kedai mamak. Mereka juga akan ke kedai mamak namun bukan untuk bergosip tetapi berbincang mengenai peluang bisnes. Berbeza dengan orang biasa yang hanya dapat dosa kerana bergosip, orang kaya akan dapat mengeratkan hubungan disambil mendapat idea perniagaan.

Jadi, mulalah untuk melakukan aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi mampu untuk meningkatkan fizikal, mental dan ilmu anda.