Bagaimana Orang Kaya Berfikir 2

Ya, sejak kecil lagi kita diajar untuk berdikari dan jangan bergantung dengan orang lain. Ada pula anak – anak dihantar kesekolah berasrama dengan harapan mereka menjadi lebih berdikari pada masa akan datang.
Children Portraits

Mungkin anda termasuk dalam golongan ‘anak – anak’ ini.

Tahun demi tahun mereka membesar menjadi orang ‘berdikari’ seperti yang ibu bapa mereka harapkan dan berterusan sehinggalah mereka bekerja dan memulakan perniagaan. Dengan sikap ‘berdikari’ inilah mereka menguruskan kewangan dan perniagaan tanpa merujuk pendapat orang lain yang lebih pakar dan berpengalaman. Mereka merasakan diri mereka hebat dan tidak memerlukan bantuan dan nasihat orang lain.

Malangnya sikap ‘berdikari’ ini lama kelamaan memakan diri mereka dan membawa kerugian besar kepada mereka.

Berbeza pulak dengan orang kaya. Mereka sedar bahawa mereka bukan Tuhan yang tahu dan mampu melakukan segalanya. Wang akan mereka laburkan untuk mendapatkan buku-buku, seminar, dan nasihat professional untuk perniagaan mereka.

Mereka sedar apalah sangat RM 1000 yang dihabiskan untuk itu semua berbanding keuntungan berlipat ganda yang mereka akanperolehi .

Sebab itulah orang kaya makin kaya.

Kesimpulannya, menjadi seorang yang berdikari itu adalah perlu. Namun ada masanya, kita harus sedar kekurangan diri dan cuba untuk mendapatkan bantuan dan nasihat orang lain untuk kebaikan kita.