Bagaimana Orang Kaya Berfikir 1

Orang Kaya Mengeluarkan Wang Untuk Menjimat Masa.Orang Biasa Mengorbankan Masa untuk Menjimatkan Wang.

Tidak kira pangkat,umur atau jantina setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama. Ya, 24 jam sehari. Masa inilah merupakan antara aset yang tidak ternilai harganya bagi setiap orang. Bak kata pepatah melayu ‘Masa itu Emas’.Tapi betulkah masa itu emas bagi anda?

Kebanyakkan orang akan cuba untk menjimatkan duit dengan mengorbankan masa. Kenapa? Tak percaya? Mungkin anda termasuk dalam golongan ini.

Buktinya berapa ramai pemandu yang rela mengikut jalan raya yang jauh dan sesak demi mengelakkan diri daripada membayar tol yang hanya beberapa ringgit. Jika difikirkan balik, adakah berbaloi untuk membazirkan 30-60 minit hanya untuk berjimat RM 2 ?

Sebaliknya Orang Kaya sanggup untuk mengeluarkan duit untuk menjimatkan masa. Contohnya, mereka lebih rela mengorbankan beberapa ringgit untuk membayar servis pos daripada menghantar sendiri dokumen kepada klien.

Sebab itulah mereka mempunyai banyak masa untuk merancang perniagaan dan mencari peluang bisnes yang akan memberi keuntungan berlipat kali ganda dari nilai yang dikeluarkan tadi.

Jadi,semak balik kehidupan anda dan perbaikinya untuk kejayaan akan datang. Jangan sesakali kedekut untuk mengeluarkan sedikit wang untuk menjimatkan masa. Masa yang dijimatkan akan memberi ruang untuk anda menambah pendapatan berlipat ganda pada masa akan datang.

Akhir sekali, anda juga akan mempunyai lebih masa untk diluangkan bersama yang tersayang