Asingkan Duit Yang Berjaya Dijimatkan.

“EH, rasa macam dah berjimat dah, tapi mana pergi duit aku ni!! ” , berkata Puan Jemah dalam hati.

Mungkin anda juga pernah mempunyai perasaan yang sama dengan Puan Jemah. Rasa macam dah banyak berjimat tetapi duit itu seakan – akan lesap entah kemana.

Oops, jangan salahkan toyol. Mungkin mereka tidak bersalah dalam hal ini. Anda yang sebenarnya silap kerana tidak mengasingkan wang yang anda jimat.

Contohnya anda kebiasaanya akan berbelanja RM 7 untuk makan tengahari di pejabat (RM 5 + RM 2 = makan + minum ). Tetapi hari ini anda hanya minum air suam. Maka anda berjaya jimat RM 2 untuk hari ini.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, keluarkan RM 2 tadi dan simpan di dalam tabung. JANGAN sesekali simpan duit dalam DOMPET anda. Kerana kebiasaannya kita akan membelanjakannya untuk benda yang kita tidak perlu seperti surat khabar atau air tin.

Padahal selama ini tak selalu beli pun.

Kumpul dan kira wang yang berjaya dijimatkan sehingga setiap hujung bulan. Dengan ini anda akan dapat melihat jumlah wang yang anda berjaya jimatkan seterusnya berasa lebih semangat untuk berjimat cermat selepas itu.

Tips ini juga boleh diaplikasikan untuk keperluan yang lebih mahal seperti ketika ingin membeli laptop.

Bajet laptop = RM 2000.
Laptop dibeli = RM 1600.
Jimat = RM 400 (terus simpan dalam tabung)

Sebenarnya banyak benda yang kita dapat jimatkan setiap bulan . Cuma dengan cara yang betul kita dapat melihat hasilnya. Tapi, kalau wang anda hilang juga mungkin anda boleh mula berjaga-jaga dengan toyol .

toyol