DIY FInancial Plan : Analisa Kewangan Individu (siri 3)

ANALISAKEWANGAN

Modul 100 : D-I-Y Personal Finance Plan (100)
Bab 100.3 : Analisa Kewangan Individu
Tarikh: 21/05/2013

Sihat ker tak sihat?

Ada sekurang-kurangnya 4 analisa kita boleh gunakan untuk mendiagnos kesihatan kewangan kita.

1) Penyata Aliran Tunai (Cash Flow)

Ini adalah kiraan Wang Masuk – Wang Keluar. Jika angka positif, maka itu sihat. Jika negatif, itu sakit.

SILA PANTAU WANG KELUAR KE MANA! PERLU ATAU TIDAK?

2) Nisbah Kemewahan (WEALTH RATIO)

Ini adalah kiraan SEMUA HARTA TIDAK BERCAGAR / PERBELANJAAN

atau jika anda sedang menuju ke arah kebebasan kewangan;

PENDAPATAN PASIF / PERBELANJAAN

3) NISBAH HUTANG (DEBT TO INCOME RATIO)

Kiraan SEMUA HUTANG / PENDAPATAN

Banker selalunya kira FRONT RATIO & BACK RATIO. Front ratio ialah mortgage debt sahaja. Back Ratio ialah semua hutang bukan mortgage.

4) NET WORTH
Kiraan TOTAL ASSET – TOTAL LIABILITIES
Kalau anda dapat angka 1 juta, maknanya anda sudah jutawan.

JUTAWAN ATAU TIDAK?

Action Item:
1) Sila analisa perkara diatas.
2) Letakkan dalam fail atau folder Pelan Kewangan Anda. By now anda pasti sudah ada Checklist Pelan Kewangan dan Analisa Kewangan Individu.
3) Sila letak dalam komen berapa angka-angka kiraan 2, 3, 4 di atas. Kalau anda malu untuk letak, sila malu belajar dalam kelas ini.
4) Kepada silent reader, sudah tiba masanya untuk tidak silent lagi.

Sila tanya diruangan komen.