12080100_758867047556412_6658913242795610656_o

Alwi Adam merupakan seorang pelabur, usahawan, jurulatih dan perunding kewangan, bisnes dan motivasi sepenuh masa. Beliau juga menerajui EZAZ Wealth Academy di bawah kelolaan EZAZ Wealth Management & Consultancy Sdn Bhd, satu akademi yang ditubuhkan untuk mendidik masyarakat terutama generasi muda tentang pengurusan kewangan, pelaburan dan perniagaan.

Beliau mula berjinak dalam bidang kewangan dan pelaburan seawal tahun 2007 sebaik sahaja pulang ke Malaysia setelah menamatkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti of Melbourne, Australia.

Minat beliau terhadap perniagaan jelas terpapar apabila memulakan perniagaan komputer sewaktu di luar negara lagi. Sewaktu di Malaysia, beliau berkhidmat sebagai jurutera di syarikat minyak dan gas Petronas selama 5 tahun dan terpaksa meninggalkan syarikat itu untuk meneruskan cita cita dalam perniagaan, biarpun bergaji cukup lumayan sebagai jurutera senior.

Beliau pernah mengusahakan pelbagai perniagaan daripada penternakan, pertanian, trading barangan hiasan dan logam berharga, serta mempunyai hampir 15 buah kedai online berasaskan dropship dan affiliate marketing.

Minat mendalam beliau dalam kewangan dan pelaburan dimanfaatkan lagi dengan mengasaskan siri latihan bersistem seperti Modul Kewangan #DIY360FinancialFreedom dan siri modul pelaburan #SMARTSAHAM.

Setakat ini modul ini telah berjaya menolong dan mendidik ribuan alumni untuk mencapai matlamat kewangan mereka dan menjadi lebih bijak kewangan serta pandai membina aset pelaburan.

Beliau boleh dihubungi di akaun FB beliau

Follow perkembangan Alwi Adam EzazWealth dan Page Rasmi beliau Alwi Adam A Daiepreneur.