Pengurusan Kewangan Peribadi Promosi

4 Ujian Kesihatan Kewangan Yang Anda Patut Guna!

#DIY360MengurusWang

#BedahBukuMukasurat25

Biasanya orang selalu tanya, “Apa khabar awak hari ini?”, “Apa khabar iman ko hari ini?”, “Ko sihat ke?”….

Tapi jarang orang tanya “Apa khabar penyata kewangan awak bulan ni?”, “Ko dah habis bayar hutang ke bulan ni?”, “Amacam baki simpanan bulan ni, maintain ke?”…

Kalau orang tanya pun, macamana nak jawab eh? Meh sini EZAZ Wealth nak kongsikan 4 ujian kesihatan kewangan mudah yang anda boleh guna untuk pastikan tahap kesihatan aliran tunai anda bulan ini.

Jom kita ulangkaji Bab 1 dari Buku DIY360 Mengurus Kewangan: Analisa Penyata Kewangan.

1. Untuk mengetahui Aliran Tunai anda positif atau negatif, guna rumus berikut:

 Jumlah Pendapatan – Jumlah Perbelanjaan

2. Untuk mengetahui Nisbah Hutang anda, guna rumus berikut:

100% × Jumlah Komitmen Hutang Bulanan / Jumlah Pendapatan Bulanan

3. Untuk kira Nilai Aset Bersih, guna rumus ni:

Jumlah Nilai Aset – Jumlah Baki Hutang

4. Untuk kira Nisbah Kemewahan, guna rumus ni:

Jumlah Nilai Aset / Jumlah Perbelanjaan Bulanan

SEMOGA TAHAP KEWANGAN ANDA SIHAT SEJAHTERA!

Dapatkan promosi Kombo 3 Buku sebelum ia berakhir 31 Disember ini!

www.ezaz.my/ezaz-books

Bermanfaat tak? Apa pendapat anda?