Analisa kewangan Keusahawanan Pengurusan Kewangan Peribadi

10 Idea Cuti Sekolah Yang Menguntungkan Poket Anda!

#100TipKewanganPraktikal

#BedahBuku


Anda kekeringan idea kreatif untuk musim cuti sekolah dan musim akhir tahun ini?

Meh EZAZ Wealth kongsikan 10 je dulu Tip Praktikal yang diambil dari Buku 100 #TipKewangan Praktikal yang boleh anda gunapakai! Insya Allah di samping mengisi masa lapang, ianya juga bisa mengembungkan poket anda!

#Tip Kewangan 005: Sediakan Tabung di  Rumah

Bunyi macam main-main ke? Dulu kita kecil-kecil mesti wajib ada kan? Tapi dah besar kenapa tak buat pula? Mudah saja kan? Kalau balik kerja mesti banyak duit syilling tu kan? Haaa, masukkan dalam tabung ni! Sehari RM2, 30 hari dah RM60!

#Tip Kewangan 036: Ajar (ajak) Anak-anak (kawan-kawan, sedara-mara) Menabung

Ingat, walau sehebat mana pun anda merancang dan menjaga kewangan anda, kalau anda tidak mampu untuk mendidik anak-anak (dan juga sedara-mara dan kawan-kawan anda) untuk turut sama berjimat, kewangan anda pasti akan ‘lari’ setiap hujung bulan. Ada je pujuk rayu nanti yang kita tak sampai hati nak tolak… Jangan berputus asa mendidik mereka!

#Tip Kewangan 038: Lumba menabung dengan anak-anak/kawan-kawan/sedara-mara

Kenalah sediakan hadiah kan di akhir tempoh menabung ni? Yang bajet-bajet pun ok je.. Mungkin percutian bajet, makan bajet/potluck/bbq dan sebagainya. Barulah lebih bermotivasi untuk menyimpan!

#Tip Kewangan 020: Rancang percutian

Banyak terjadi sebab rasa perlu bercuti, jadi pergi ke tempat eksklusif, hingga terpaksa berhutang. Mengapa sampai macamtu sekali? Boleh je cari pakej yang menjimatkan dan masih lagi selesa. Berbanding luar negara, baik kita ronda destinasi percutian dalam negara kan? Jimatkan juga kos makanan dengan membawa bekal atau masak sendiri sahaja! Elakkan juga waktu puncak! Rancang dengan cemerlang ye!

#Tip Kewangan 027: Kurangkan Perbelanjaan Pengangkutan

Sebenarnya banyak cara boleh dibuat untuk kurangkan kos di sini. Antaranya:

-Berkongsi kereta

-Jalan pintas di luar waktu puncak

-Pengangkutan awam & kad konsesi

-Tiket-tiket promosi

#Tip Kewangan 028: Kurangkan Keluar dari Rumah

Cuba fikirkan berapa kali kita keluar masuk hanya untuk lakukan perkara remeh seperti bayar bil atau membeli barangan runcit yang kurang penting? Fikirkan juga apabila keluar rumah tu berapa banyak aliran keluar tunaijuga dilakukan? Gunakan faedah perkhidmatan ‘online’ untuk penjimatan masa anda, dan luangkan lebih banyak masa untuk aktiviti di rumah bersama keluarga, kawan atau diri sendiri!

#Tip Kewangan 009: Buat Hari Tidak Boleh Berbelanja

Iya tuan puan, tip ni memang mencabar. Tanpa berbelanja sebenarnya kita dah mampu selamatkan RM20-Rm50 sehari! Dengan berbuat macam ni, pasti kita akan lebih krratif untuk memenuhi keperluan pada hari tersebut! Mungkin kita boleh buat sistem barter pula? Hehehe.

#Tip Kewangan 013: Baca sejarah

Bukan buku sejarah negara ye hehe. Eh, kalau nak baca silakan. Yang kita maksudkan ialah baca semula sejarah rekod perbelanjaan kita! Siapa yang ada rekod, tahniah! Memang bertuah! Yang belum, mulakannya sekarang! Kaji dan kenalpasti saat-saat kelemahan kita berbelanja mengikut nafsu dan elakkan pisang berbuah 2 kali ye. Bacalah sejarah kewangan kita, moga bermanfaat untuk hari mendatang.

#Tip Kewangan 063: Semak Skim Takaful Anda

Sempena tahun baru ini, anda dinasihatkan untuk memeriksa semula skim takaful anda. Mana taknya, ramai yang ambil skim takaful tetapi tidak tahu apa perlindungan yang didapat. Dengan kata lain, “main bayar je!”. Semak kesesuaiannya dengan status kewangan dan status keluarga anda sekarang. Ye la, sebelum ni bujang, sekarang berdua atau lebih.

#Tip Kewangan 026: Baca Buku Kewangan

Selain buku-buku wajib, laburlah sedikit wang untuk ilmu kewangan juga. Carilah buku yang praktikal, BACA untuk tahu CARA, ILMU untuk PANDAI BUAT. Dapatkan IDEA untuk USAHA kembangkan duit simpanan kita.

Untuk lebih banyak tip, dapatkan buku 100 #TipKewangan Praktikal – Idea Sendat Padat Untuk Menigkatkan IQ Kewangan Anda!

 

Bermanfaat tak? Apa pendapat anda?