Tips Membeli rumah : Reputasi Pemaju

Jika anda membeli rumah dengan pemaju, adalah sangat penting untuk selidik latar belakang pemaju tersebut. Kebanyakan pemaju mengamalkan pendekatan “jual dulu bina kemudian”. Jika anda membeli rumah dalam pembinaan, anda akan mula membayar sebelum rumah anda siap dibina. Oleh itu, anda perlu mengkaji latar belakang pemaju dan rekod prestasi mereka.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Anda hendaklah memastikan bahawa pemaju mempunyai lesen sah (belum luput) yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Anda boleh melayari laman sesawang KPKT di www.kpkt.gov.my untuk memeriksa maklumat pemaju tersebut.

Di laman web ini anda juga boleh memeriksa senarai pemaju yang disenarai hitam dan projek perumahan yang ‘sakit’ dan terbengkalai. Takut-takut anda membeli rumah yang ada tiang sahaja nanti.

Semak juga pengalaman syarikat pemaju tersebut. Bagaimana dengan projek-projek mereka sebelum ini dan sudah berapa banyak projek yang mereka terlibat. Jika ‘track record’ pemaju tersebut buruk atau tidak menyakinkan maka elakka