Tips Kewangan Lepasan Universiti : Elakkan dari Mengguna Kad Kredit.

Golongan muda selalunya lebih mudah tertarik untuk mengambil kad kredit. Keinginan untuk membeli dan memiliki pelbagai benda yang disimpan ketika zaman belajar boleh mengaburi mata lepasan universiti.

Kad Kredit ini ibarat pisau yang boleh membunuh lepasan universiti kerana perbelanjaan boleh dibuat walaupun tiada duit. Namun akhirnya penggunaan itu harus dibayar juga.

Tapi ingat, bayaran itu akan ditambah pula dengan faedah atau yuran yang dikenakan.

Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah kad kredit ialah dengan mengelakkan diri daripada mendapatkannya awal-awal lagi.

Kepada lepasan universiti, duit yang anda ada itu cukuplah dahulu untuk belanja. Sabar dahulu dan tunggu kewangan anda betul betul kukuh dahulu.

Jika mahu beli sesuatu, kumpul duit anda dengan menabung. Kalau tak mampu juga lebih elok tidak beli terus. Kemungkinan besar ia hanyalah keinginan anda dan bukan keperluan sebenarnya.