TENTANG KAMI

EZAZ Wealth Management & Consultancy Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar yang memberi tumpuan kepada pendidikan pengurusan kekayaan, latihan dan aktiviti perundingan.

Ditubuhkan pada tahun 2012, syarikat ini telah memulakan perjalanan untuk menyebarkan pengetahuan kewangan yang menyeluruh, dan tidak bersifat berat sebelah kepada orang ramai melalui seminar kewangan, bengkel dan ceramah motivasi.
 
Pada tahun 2016, syarikat ini telah menubuhkan sebuah "brand" penasihat yang dikenali sebagai The Sophisticated Investor, ataupun dengan nama singkatannya ialah TSI. "Brand" tersebut terdiri daripada penasihat kewangan yang berlesen dan berkelayakan dengan pemikiran yang mantap untuk mempercepatkan transformasi kewangan di dalam kalangan orang awam, agar mereka dapat mencapai matlamat kebebasan kewangan yang mereka inginkan dengan cara yang lebih tersusun, dan dalam keadaan tetap mematuhi garis panduan rangka kerja undang-undang yang ditetapkan oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti, serta dalam keputusan yang dibenarkan Undang-undang Syariah.